PROMOSI HANGAT...!!!

Mulai hari ini, blog Lovelin Creation hanya akan menumpukan kepada GUBAHAN HANTARAN, DOORGIFT, SEWA DULANG/ALAS dan yang berkaitan.

Untuk tempahan/entry terbaru tentang CUPCAKES, MUFFINS, HOMEMADE CHOCOLATE dan yang berkenaan, sila ke LOVELIN SWEET TREATS.

DAPATKAN PROMOSI HEBAT SEMPENA PEMBUKAAN BLOG BARU LOVELIN DI LOVELIN SWEET TREATS.

HUBUNGI KAMI DI 013-4332334(LIN) , 019-4715106 (NURUL) untuk sebarang pertanyaan mengenai khidmat kami..

SEKIAN, TERIMA KASIH =)))


Selasa, Jun 29, 2010

Hantaran tema UNGU+PUTIH ~


Hanya yang terbaik untuk si manis jelita..rombongan meminang dihantar, tanda tulusnya cinta..semoga ke jinjang pelamin dan ke hujung nyawa...

Gubahan ini merupakan hantaran dari Amir kepada tunangan nya dengan tema 'UNGU PUTIH'...LOVELIN menggubah semua hantaran dengan tema yang diminta Amir...Antara hantaran nya ialah tempat cincin, tempat tepak sirih, sepasang persalinan lace, beg duit, tempat untuk buah-buahan, coklat sebagai manisan dan kotak kek..Amir menyediakan bekas kotak mengkuang dan gubahan sepenuhnya dari Lovelin..Amir turut menyewa dulang dan alas dulang dari Lovelin..

Tempahan adalah daripada Amir, Taman Dahlia, Sungai Petani (beliau bekerja di Kulim Hi-tech)...sempena hari pertunangan nya dengan pasangan, dari Alor Setar...Alhamdulillah, Amir sangat suka dengan hasil karya Lovelin untuknya dan berhasrat menggunakan khidmat Lovelin untuk majlis perkahwinan nya kelak..InsyaAllah :) Semoga ke jinjang pelamin... :)

Thank you Amir sebab bagi peluang ni pada Lovelin.. :):):)

....tempat cincin..very glamour glitter.. :)

.....sepasang persalinan nikah yang putih suci untuk tunang Amir..kain lace comes with satin yang sangat besar dan tebal, so memang menguji minda nak menggubah nya untuk muat dalam kotak mengkuang yang diberi..tapi, lace ni memang superb cantik.. :)

.....yummy chocolate...pasti menangkap pandangan kanak-kanak kan...

.....beg duit yang cantik untuk bakal isteri... :)

.....kotak untuk diletakkan kek..sepenuhnya barang hiasan dan gubahan dari Lovelin...

.....bakal diletakkan dengan tepak sirih tanda meminang si dara pujaan...

.....bakal diisi dengan buah-buahan...


Note :
1. Renda ungu+putih yang dihiaskan pada polisterin, yang menjadi tapak pada bekas mengkuang, dijahit sendiri oleh Lovelin..
2. Semua hantaran diletakkan di atas dulang dan alas dulang Lovelin...

Jumaat, Jun 18, 2010

Hantaran tema JINGGA ~

Hari bersatu telah pun tiba..disambut gembira ahli keluarga..doa semua, agar kekal ke akhirnya..


Gubahan ini merupakan hantaran dari pengantin perempuan kepada pasangannya dengan tema 'JINGGA'...LOVELIN diminta menggubah / menyeragam gubahan (ada antara hantaran merupakan 'sponsor' daripada saudara mara pengantin)...Bahan-bahan untuk hiasan semuanya disediakan oleh Kak Long(pengantin), seperti riben, rama-rama, sabut tiruan etc...
Antara hantaran nya ialah Al-Quran, sejadah, sepasang kasut, set wangian, kain tuala, pot pouri, cookies dan chocolate..Hantaran digubah di atas bekas ala dulang berwarna Gold, dan dihias dengan 'sabut tiruan' ala sarang burung yang juga berwarna Jingga...Untuk memberi contrast pada gubahan, riben, rama-rama dip dan artificial flower yang berbeza warna digunakan, iaitu warna brown dan keputihan....
Gubahan adalah dari pengantin perempuan, Pn Norhajijah @ Kak Long dari Bahau, Negeri Sembilan untuk suaminya, Zahir...

...........Sejadah dan Al-qurannul Karim..............




............aneka chocolate, cuma digubah atas polisterin....yummy!.............



.............sepasang kasut beserta stokin...............



...........set wangian.............


.........aneka cookies.........


.........pot pouri dalam bekas ala sangkar burung.............


..........kain tuala digubah ringkas..........

Ahad, Jun 13, 2010

Happy 7th Birthday Pretty Qiestina Qhausar...

...Masa untuk berparty...!!! :)


These cupcakes were meant for Nurul Qiestina Qhausar 7th birthday party..dengan tema 'Sweet pink'..seronok sangat party ni, sbb mmg ramai cute girls at Qhausar's age yang datang..kawan2 skolah qhausar, since kindergarten and sek convent SP ni..comel2 semua, in pink gown and shirt..

At first, Qhausar requested 'princess' edible image untuk cupcake..tapi lambat bagitahu..and unfortunately, 'princess' edible image ni kehabisan stok..semua kedai bakeri dah diterjah, tapi semua kata dah habis/tak ada..nak order, masa pulak dah suntuk..so, buatkanlah cupcake ni topping with choc ganache and deco with buttercream icing and pink flower ..memang jadi rebutan lah cupcake ni on that day..and ramai pulak yang geram dengan cuppies yang ada nama 'Qhausar' tu..hehehe

Mari kita lihat hasilnya... :):):)

Happy birthday dear Qhausar..May Allah bless you.. :):):)









..ibu qiestina punya pinggan tingkat ni.. :)

Selasa, Jun 08, 2010

Happy 3rd Birthday Beautiful Alia...

..Ulangtahun kelahiran yang disambut ceria...


Kali ini, Lovelin menerima tempahan daripada Pn Ivanawaty@Wana untuk birthday anak perempuan nya yg sangat comel, dgn rambut kerinting halusnya tu..:) really sweet Alia! The 'best' part was mama Alia ni call Lovelin on tengahari Wednesday, nak order 40 pcs of cupcake..and nak the cuppies ready esoknya,Thursday by 4 PM..!!!..Sangat suntuk ye..tapi untuk Alia, Lovelin try jugak buat..and Alhamdulillah, siap pun @ 3PM..hehe

Mama Alia pun tak cerewet, katanya buat la macam mana pun, asalkan siap!hehe So, Lovelin buatkan cupcake saiz m, moist choc and strawberry flavour, top and deco with buttercream icing..

Mama Alia nak cupcake ni di pek kan dalam individual packaging , sbb mama tak buat party, juz nak letak dalam goody bag (bersama air kotak) and nak bagi kat anak2 jiran and kawan2 Alia..Abah Alia tak sehat, so tak dapat nak buat party..takpela Alia, next year mama ganti ok.. :)

Thank you Wana and En Lan.. :):):)

P/S : IDEA INDIVIDUAL PACKAGING NI, JUGA SESUAI SEBAGAI DOORGIFT MAJLIS ANDA.. :) CALL ME IF INTERESTED YE.. :)

..Antara 'lukisan2' Lovelin untuk cupcake Alia..










..All deco in one pose..dah masuk bekas.. :)






..All deco in one pose..dah tutup bekas.. :)




..Semua dah masuk bekas..nak posing2 pulak.. :)




..Posing2..sebelum kena mamam... :)









Ahad, Jun 06, 2010

Mother's Day and Teacher's Day 2010 Mini Hamper Cupcake

...cute cupcake untuk menghargai pengorbanan insan yang disanjungi...

Seperti yang pernah LOVELIN promosikan kat blog ni, MINI HAMPER CUPCAKE..!!..sebagai idea tanda hati sempena hari ibu dan dan hari guru tahun 2010 ini..cake flavour is moist choc and deco with buttercream icing..and ini adalah hasilnya... :)
MINI HAMPER CUPCAKE,untuk 4 pcs cakes hanya RM6.50..and untuk pack of 2 cakes, hanya RM3.50..so,tak dela mahal sangat nak bagi hadiah pada cikgu cikgi anak2 kita kan..10 orang cikgu pun kita boleh bagi kan.. :) mesti tersenyum panjang cikgu dapat 'hadiah comel' ni..macam cikgi2 anak LOVELIN juga la.. :)
and ia juga sesuai utk dijadikan seperti 'Doorgift' untuk majlis2 anda..boleh juga dipek kan dlm pek individu jika anda mahu..apa tunggu lagi, call LOVELIN untuk membuat tempahan anda! :)

..Mini hamper pack of 4 cuppies..


..Mini hamper pack of 2 cuppies..




..thank you..u're kind..my teacher..and 'handbag+flower' for teacher..all in one! :)


..Pack of 2 cuppies dah ikat dgn riben..sesuai kalau nak buat doorgift juga kan.. :)


..Pack of 4 cuppies as well..ikat dgn riben..


..Close up sikit.. :)








..Dah siap..ada kad comel lagi..buatan Lovelin jugak..hehe


..Dah siap juga..dgn kad comel Lovelin tu..yang kad beli tu disediakan oleh customer Lovelin utk teacher anak dia..tugas Lovelin, ikat je kat hamper tu.. :)


..Mini hamper cupcake Hari Ibu..Boleh la terlupa nak ambik gambar byk2..yang ni je sempat..takpela, ada jugak dari takde langsung.. :)


Related Posts with Thumbnails