PROMOSI HANGAT...!!!

Mulai hari ini, blog Lovelin Creation hanya akan menumpukan kepada GUBAHAN HANTARAN, DOORGIFT, SEWA DULANG/ALAS dan yang berkaitan.

Untuk tempahan/entry terbaru tentang CUPCAKES, MUFFINS, HOMEMADE CHOCOLATE dan yang berkenaan, sila ke LOVELIN SWEET TREATS.

DAPATKAN PROMOSI HEBAT SEMPENA PEMBUKAAN BLOG BARU LOVELIN DI LOVELIN SWEET TREATS.

HUBUNGI KAMI DI 013-4332334(LIN) , 019-4715106 (NURUL) untuk sebarang pertanyaan mengenai khidmat kami..

SEKIAN, TERIMA KASIH =)))


Sabtu, September 25, 2010

Hantaran tema PINK ~

..manis nya si merah jambu, tanda cinta nya pada si dara pujaan jiwa..

Tempahan hantaran kali ini datang nya daripada saudara Zaid, dari Melaka, bersempena hari pertunangan nya pada Hari Raya ke-4 yang lepas.. Zaid melangsungkan pertunangan dengan Mazs dari Rawang dan menginginkan tema 'SHOCKING PINK' untuk bakal tunang nya.. Zaid juga mahukan hantaran yang simple dengan bajet yang rendah untuk majlis pada kali ini.. beliau berpendapat, hantaran yang lebih istimewa akan diberikan pada majlis pernikahan nya kelak.. Zaid berpuas hati dengan hasil tangan Lovelin, bersesuaian dengan bajet beliau pada kali ini.. Zaid berhasrat menggunakan khidmat kami di hari pernikahan nya kelak.. InsyaAllah :) Thanx a lot Zaid and Mazs~ :)

Antara hantaran nya ialah -- tempat cincin, sepasang persalinan lace untuk nikah, buah-buahan, chocolate, cookies dan sirih junjung ..

..sirih junjung digubah ala jambangan ~

..tempat cincin yang dihias sarat dengan bunga mawar ~

..sepersalinan lace ungu untuk majlis pernikahan nanti ~

..sarat dengan choclate yang enak ~

..rangkaian buah-buahan tempatan dan luar untuk bakal keluarga ~

..sesuai dengan 'mood raya', cookies pelengkap hantaran untuk si dia ~


Note : Hantaran menggunakan alas polisterin yang dibalut dengan 'kertas khas untuk dekorasi' , sesuai untuk mereka yang menginginkan kesederhanaan pada hantaran dan bajet .. walaubagaimanapun, ia tetap menawan dan cantik selepas siap digubah.. boleh saje kalau nak cuba..cuma hubungi kami ya! :)

Cupcake makan-makan~

..Bila 'mak yong' mengidam ..

Tempahan istimewa ni, dibuat untuk Kak Ija dari Bdr Laguna Merbok.. Beliau yang sedang sarat hamil anak ketiga (dijangka kan anak perempuan), mengidam la sgt nak makan cupcake Lovelin ni.. :) Kak Ija nak cupcake nya comel dengan tema 'ala taman bunga'.. sesuai la dengan kelahiran yang dijangka kan gegirl nanti ye tak :) Tempahan dibuat sehari sebelum deliver, so kelam kabut jugak la lin dibuat nya! hehe Tapi, tak sampai hati nak menghampakan hajat org mengandung kan~ ni je yang sempat di buat :) ok tak ? :)

Semoga Kak Ija and anak2 suka dengan cupcake ni ye :)




p/s : Saat ni, Kak Ija dah selamat bersalin.. Tahniah Kak ija, dah dapat anak perempuan yang diidamkan~~~ :):):)

Birthday Cupcake for Kak Yanti's Hubby

..May Allah bless u..

Tempahan cupcake dari Kak Yanti (cikgu prasekolah sek bedong) bersempena birthday suami nya yang tercinta.. Kak yanti menempah 25pcs choc moist cupcake and topping with choc ganache.. Thanx a lot kak yanti.. :)



Budget cupcake ~ untuk dijual ..

..warna warni di hari terbuka Jabatan Sumber manusia, PFKSB..

LOVELIN telah menerima tempahan cupcake sebanyak 200 biji, daripada PETRONITA cawangan Gurun, untuk dijual pada Hari Terbuka Jabatan Sumber Manusia PFKSB yang berlangsung sebelum Ramadhan yang lepas..

Memandangkan cupcake ini akan dijual pada hari tersebut, dengan tujuan menambah dana persatuan PETRONITA cawangan Gurun, pihak persatuan menempah 'budget cupcake' supaya cupcake dapat dijual pada harga yg murah.. Oleh itu, LOVELIN membuat simple deco menggunakan buttercream icing, choc ganache dan baked menggunakan 'paper cup'..tapi yang pasti, keenakan kek itu tetap diutamakan..flavour yang dipilih adalah vanilla dan choc moist cake, dengan deco yang pelbagai sesuai dengan tema 'Hari Terbuka' ..
Terima kasih PETRONITA Gurun.. :)












Related Posts with Thumbnails