PROMOSI HANGAT...!!!

Mulai hari ini, blog Lovelin Creation hanya akan menumpukan kepada GUBAHAN HANTARAN, DOORGIFT, SEWA DULANG/ALAS dan yang berkaitan.

Untuk tempahan/entry terbaru tentang CUPCAKES, MUFFINS, HOMEMADE CHOCOLATE dan yang berkenaan, sila ke LOVELIN SWEET TREATS.

DAPATKAN PROMOSI HEBAT SEMPENA PEMBUKAAN BLOG BARU LOVELIN DI LOVELIN SWEET TREATS.

HUBUNGI KAMI DI 013-4332334(LIN) , 019-4715106 (NURUL) untuk sebarang pertanyaan mengenai khidmat kami..

SEKIAN, TERIMA KASIH =)))


Sabtu, September 25, 2010

Hantaran tema PINK ~

..manis nya si merah jambu, tanda cinta nya pada si dara pujaan jiwa..

Tempahan hantaran kali ini datang nya daripada saudara Zaid, dari Melaka, bersempena hari pertunangan nya pada Hari Raya ke-4 yang lepas.. Zaid melangsungkan pertunangan dengan Mazs dari Rawang dan menginginkan tema 'SHOCKING PINK' untuk bakal tunang nya.. Zaid juga mahukan hantaran yang simple dengan bajet yang rendah untuk majlis pada kali ini.. beliau berpendapat, hantaran yang lebih istimewa akan diberikan pada majlis pernikahan nya kelak.. Zaid berpuas hati dengan hasil tangan Lovelin, bersesuaian dengan bajet beliau pada kali ini.. Zaid berhasrat menggunakan khidmat kami di hari pernikahan nya kelak.. InsyaAllah :) Thanx a lot Zaid and Mazs~ :)

Antara hantaran nya ialah -- tempat cincin, sepasang persalinan lace untuk nikah, buah-buahan, chocolate, cookies dan sirih junjung ..

..sirih junjung digubah ala jambangan ~

..tempat cincin yang dihias sarat dengan bunga mawar ~

..sepersalinan lace ungu untuk majlis pernikahan nanti ~

..sarat dengan choclate yang enak ~

..rangkaian buah-buahan tempatan dan luar untuk bakal keluarga ~

..sesuai dengan 'mood raya', cookies pelengkap hantaran untuk si dia ~


Note : Hantaran menggunakan alas polisterin yang dibalut dengan 'kertas khas untuk dekorasi' , sesuai untuk mereka yang menginginkan kesederhanaan pada hantaran dan bajet .. walaubagaimanapun, ia tetap menawan dan cantik selepas siap digubah.. boleh saje kalau nak cuba..cuma hubungi kami ya! :)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails