Tempahan hantaran dengan tema HIJAU ini adalah tempahan daripada Kak Norlin, Cheras, untuk majlis pertunangan adik lelaki nya, yang melangsungkan pertunangan dengan dara pujaan berasal dari Baling, Kedah.. untuk memudah kan urusan hantaran bertunang ini, Kak Norlin menempah 5 dulang hantaran yang terdiri daripada tempat cincin, dulang untuk sepasang telekung, sepasang persalinan, kek dan juga cookies.. Semua perbincangan dengan Kak Norlin hanya melalui email dan SMS sahaja.. :) Atas dasar kepercayaan, terhasil lah gubahan seikhlas hati ini :)
Tiba di hari yang dijanjikan, Lovelin menemui Kak Norlin di exit tol sg petani utara, untuk menggubah ringkas telekung dan pakaian , seterus nya menyerahkan set hantaran yang ditempah beliau.. :) pertama kali Lovelin buat keje kat tepi exit highway.. tapi seronok sebab Kak Norlin sangat berpuas hati dengan gubahan hantaran dari Lovelin.. Alhamdulillah~ smoga kita jumpa lagi ye Kak Norlin :):):)
Nota : SMS dari Kak Norlin ---> Memang cantik sangat..Insyaaallah kita jumpa lagi..Tq adik berdua :-)
...Tempat cincin dari pandangan atas...penuh dengan bunga-bungaan...
...dulang untuk diletakkan cookies.. 4 biji bekas semua nya, diilhamkan dari bekas biskut raya cantik berhias Lovelin .. :)
... dulang untuk diletakkan dengan kek...
....4 daripada 5 dulang hantaran yang di tempah.. dulang yg kosong adalah untuk de letakkan telekung dan sepasang persalinan...
0 comments:
Catat Ulasan