PROMOSI HANGAT...!!!

Mulai hari ini, blog Lovelin Creation hanya akan menumpukan kepada GUBAHAN HANTARAN, DOORGIFT, SEWA DULANG/ALAS dan yang berkaitan.

Untuk tempahan/entry terbaru tentang CUPCAKES, MUFFINS, HOMEMADE CHOCOLATE dan yang berkenaan, sila ke LOVELIN SWEET TREATS.

DAPATKAN PROMOSI HEBAT SEMPENA PEMBUKAAN BLOG BARU LOVELIN DI LOVELIN SWEET TREATS.

HUBUNGI KAMI DI 013-4332334(LIN) , 019-4715106 (NURUL) untuk sebarang pertanyaan mengenai khidmat kami..

SEKIAN, TERIMA KASIH =)))


Khamis, April 22, 2010

Bilik pengantin tema JINGGA ~

Tidurlah wahai permaisuri...dengan inai merah di jari...kita kini suami dan isteri..haraplah bahagia hingga akhirat nanti...


LOVELIN telah diberi kesempatan menghias bilik pengantin untuk majlis perkahwinan Along dan pasangannya, Maryam di Sungai Petani, Kedah...Along (pengantin lelaki) dan keluarga adalah jiran emak LOVELIN di SP..kami turut menggubah hantaran untuk nya, tetapi lupa nak ambil gambar...hehehe lps buat hantaran and bilik, mesti lah tolong kat dapur pula kan..kata jiran... :) LOVELIN akan cuba dpt kan foto hantaran dengan tema ini dari Along ya! :)LOVELIN menggubah / menghias menggunakan barang2 yang disediakan oleh cik ton (mak pengantin) dengan tema nya JINGGA!!!..tolong jiran..... :):):) Jom lihat hasil nya.... Thanx Along, Cik ton, Maryam n Famili...





Hantaran tema MERAH+PUTIH ~

Tanda cinta itu bila semua yang indah terbayang-bayang..Janganlah di tunggu sampai dikebas orang..Cepatlah datang rombongan meminang, tanda cinta ini hak milik mu seorang...


Gubahan ini merupakan hantaran dari Azli Azwan kepada tunangan nya dengan tema 'MERAH PUTIH'...LOVELIN menggubah semua hantaran dan menyeragam kan hantaran sponsored by his family...Antara hantaran nya ialah tempat cincin, sirih junjung, buah-buahan, sejadah, potpori, persalinan pakaian nikah dan kain kurung, kasut, handbag, telekong, bahulu tradisi,gula-gula, cake..Album untuk duit hantaran juga digubah minimalis..Semuanya sesuai dgn citarasa dan impian 'MERAH PUTIH' Azli Azwan..
Tempahan adalah daripada Azli Azwan, Perak...sempena hari pertunangan nya dengan pasangan, Zuraidah, Klang...Semoga ke jinjang pelamin... :) Ini adalah tempahan ulangan daripada nya selepas majlis risik sebelum ini..Terima kasih Wan...
(Photos were captured by Nurul's daughter, Qiestina, 5 years old..so, faham2 je la ye.. :) )


Tempat cincin harus ada lambang cinta ya <--- required by Wan..so LOVELIN letak couple of LOVE there and letak as high as possible to let Zuraidah knows that his loves are to the max.. :):):)
Sirih junjung buatan Nurul from LOVELIN...

Telekong yang digubah menjadi lampu tidur oleh Nurul from LOVELIN..there are many who love and adore this decoration..takes time yet beautiful and unique!Congratesss sis..

Kain Lace putih yang cantik...lambang kesucian cinta yang bersatu di hari pernikahan nanti...

Kuih tradisi...kuih bahulu lebih elok diletak dalam kotak sebab ia rapuh dan mudah pecah..so, sbb 'perjalanan jauh' (dari kedah - perak - klang), better we deco it in transparent box...but still adorable.. :)

Album tempat duit hantaran yang beribu-ribu...tak sesuai kalau nak gubah, sbb banyak ye..kalau mas kahwin ok gubah cantik2.. :)

Kasut putih...sangat cantik dan menyerlah dengan tema pilihan ini...

Again..tempat cincin bertakhta and kain lace utk hari pernikahan...


Antara hantaran istimewa dari Azli Azwan buat Zuraidah di hari pertunangan mereka...

Cake..handbag..Kain pasang..Halwa..Sejadah..Telekong...

Rabu, April 21, 2010

Hantaran tema 'HIJAU LUMUT' ~

Kau ku cinta siang dan malam..ke dalam hatimu akan ku selam...


Gubahan ini merupakan hantaran dari pengantin perempuan kepada pasangannya dengan tema 'HIJAU LUMUT'...LOVELIN diminta menggubah / menyeragam gubahan (ada antara hantaran merupakan 'sponsor' daripada saudara mara pengantin) dengan bahan-bahan yang telah disediakan oleh Kak Nisa (pengantin)...Antara hantaran nya ialah tempat cincin, sirih junjung, buah-buahan, sejadah, al-quran, potpori, persalinan pakaian, aneka cookies, barang wangian, bahulu ikan, home bake cake..Ada hantaran yang diletakkan di dalam kotak/bekas memandangkan pasangannya dari jauh iaitu Johor..
Selain itu LOVELIN juga membantu menghias bilik tidur yang bertemakan hijau minimalis...
Tempahan adalah dari pengantin perempuan, Pn Zainatunnisa dari Sungai Petani, Kedah...


Gubahan aneka cookies - dihias di dalam balang biskut, sesuai utk perjalanan jauh...

Tempat letak cincin (cincin di ikat di atas gubahan - permintaan pengantin) dan home bake cake

Kuih tradisi..bahulu ikan..sumbangan saudara mara...





Selasa, April 20, 2010

Hantaran tema 'OLIVE GREEN' ~


Kau insan yang paling ku sayang..Hantaran di beri tanda kasih yang tak kan berkurang...



Gubahan ini merupakan hantaran dari pengantin perempuan kepada suami nya yang memilih tema 'olive green'...LOVELIN diminta menggubah / menyeragam gubahan (ada antara hantaran merupakan 'sponsor' daripada saudara mara pengantin) dengan bahan-bahan yang telah dibeli sendiri oleh Pn Normala...Antara hantaran nya ialah buah-buahan, sejadah, Al-Quran, tuala, kasut, potpori, persalinan pakaian, gula-gula, ferrero rosche, mekap dll...
Tempahan adalah dari pengantin perempuan, Pn Normala dari Melaka...






Ahad, April 18, 2010

Hantaran tema GOLD+CREAM ~

Minta restu ayah dan ibu, agar hidup bahagia selalu..


Gubahan hantaran ini merupakan hadiah iringan untuk cincin merisik pada
majlis merisik wan-zuraidah di Klang. Hantaran adalah persalinan baju pertunangan, swiss roll cake dan buah-buahan.
Tempahan daripada Azli Azwan..Perak


Sabtu, April 17, 2010

Hantaran tema GOLD+CREAM ~

Hantaran keemasan tanda cinta yang menggebu..khas buat si dia yang menunggu..


Gubahan hantaran ini untuk choc ferrero rosche, buah-buahan dan blueberry muffin..
Dulang dan alas dulang adalah dari LOVELIN...
Tempahan dari Kak Sharifah Adila..Penang





Related Posts with Thumbnails