Kau ku cinta siang dan malam..ke dalam hatimu akan ku selam...
Gubahan ini merupakan hantaran dari pengantin perempuan kepada pasangannya dengan tema 'HIJAU LUMUT'...LOVELIN diminta menggubah / menyeragam gubahan (ada antara hantaran merupakan 'sponsor' daripada saudara mara pengantin) dengan bahan-bahan yang telah disediakan oleh Kak Nisa (pengantin)...Antara hantaran nya ialah tempat cincin, sirih junjung, buah-buahan, sejadah, al-quran, potpori, persalinan pakaian, aneka cookies, barang wangian, bahulu ikan, home bake cake..Ada hantaran yang diletakkan di dalam kotak/bekas memandangkan pasangannya dari jauh iaitu Johor..
Selain itu LOVELIN juga membantu menghias bilik tidur yang bertemakan hijau minimalis...
Tempahan adalah dari pengantin perempuan, Pn Zainatunnisa dari Sungai Petani, Kedah...
Gubahan aneka cookies - dihias di dalam balang biskut, sesuai utk perjalanan jauh...
Tempat letak cincin (cincin di ikat di atas gubahan - permintaan pengantin) dan home bake cake
Kuih tradisi..bahulu ikan..sumbangan saudara mara...
0 comments:
Catat Ulasan